Tuesday, June 5, 2012

Dapatkan Siri Muaz Haikal secara online!

Assalamualaikum adik-adik dan pembaca semua,
Apa khabar?

Sekiranya adik-adik mengalami kesukaran mendapat siri-siri novel ini di pasaran, jangan susah hati lagi ya! Adik boleh membelinya secara online sahaja daripada kami dengan menghubungi emel kusyihirdan@gmail.com untuk tempahan.

Kami menjual Siri Muaz Haikal dalam bentuk set yang mengandungi kesemua 5 siri dengan harga istimewa RM70 (tidak termasuk pos). Boleh juga membeli novel yang anda pilih sahaja.

Hubungi kami ya!

Terima kasih.

Saturday, October 16, 2010

Siri ke 5 sudah di pasaran



Salam adik-adik

Siri MuazHaikal ke 5 - Sayang Bola Sayang Bumi sudah dipasaran.

Walau Muaz, Haikal dan Along sangat meminati bola tetapi mereka perlu prihatin juga pada alam sekitar dan untuk itu terpaksa mengenali kawan-kawan baru. Semuanya atlit-atlit belaka dan ada rasa dengki kepada budak-budak bertiga itu.
Kenali kawan-kawan baru bersama Muaz dan Haikal walau pun ia berlaku di dalam hutan yang sangat menduga persahabatan mereka.

Sunday, August 29, 2010

Muaz Haikal - Strategi Jersi Merah kini di pasaran!!!


Salam adik-adik.

Siri ke 4 MuazHaikal kini sudah berada di pasaran.

Pasukan bola sepak Sekolah Seri Budiman bersiap sedia bagi perlawanan akhir menentang Negeri Sembilan. Dua minggu sebelum pertandingan salah seorang pemain bola, Ivan tiba-tiba pengsan. Kenapa ya dia pengsan?

Jurulatih Ismailzen terpaksa menukar strategi permainan bola sepak mereka. Berjaya atau tidak mereka mesti menghormati strategi jurulatih.

Persahatan Muaz dan Haikal memang teruji tetap mereka tetap bersatu!

Thursday, July 1, 2010

Gerak Kilat kini di pasaran!




Siri ketiga Muaz Haikal - Gerak Kilat kini di pasaran.

Pertandingan bola sepak final bakal diadakan tidak lama lagi. Muaz, Haikal dan kawan-kawannya bertungkus lumus berusaha. Mereka juga risau tentang banyak perkara. Betulkah Jurulatih Ismailzen akan bertukar sekolah? Kenapa Afandi tidak tinggal di rumah lama. Amalina penyibuk tetapi dialah penyelamat suasana.

Muaz dan Haikal serta kawan-kawannya memang budak yang baik dan suka membantu. Jangan lupa dapatkan buku ini :)




Sebelum Gerak Kilat, Siri kedua Muaz Haikal ialah Kapten Baru. Adik-adik sudah bacakah semuanya. Bermakna kini ada 3 siri Muaz Haikal semua.

1) Along Hilang

2) Kapten Baru

3) Gerak Kilat





Thursday, August 20, 2009

Salam Ramadan


Ya, kita semua sedang berada di blog rasmi pembaca Siri Muaz & Haikal.

Assalamualaikum.


Apa khabar semua? Selamat menyambut ramadan yang mulia. Jangan lupa solat terawih ya, kerana, ibadat terawih ini hanya datang sekali dalam setahun. Pahalanya juga besar.

Pembaca semua, blog ini merupakan dedikasi khas untuk pembaca dan peminat Muaz & Haikal. Mari kita berkumpul bersama-sama dan membincang dan berbicara tentang Muaz, Haikal, Amalina, Along, Cikgu Ismailzen dan lain-lain lagi.

Sudah mendapatkan siri pertama - ALONG HILANG? Sudah habis membacanya? Apa pendapat anda? Tidak sangkakan itu penyebabnya Along tiba-tiba hilang. Siapa watak yang anda minati? Muaz? Atau Haikal? Suka tak pada Cikgu Ismailzen yang baik hati?

Untuk makluman, tidak lama lagi akan muncul siri keduanya pula. Nanti, Kak Kusyi beritahulah tarikhnya.

Oh, ya. Jangan lupa turut serta dalam pertandingan kuiz di bawah. Hadiah menarik seperti baju T Muazhaikal dan buku nota kecil lagi comel menanti.


1. Apakah siri tv kegemaran Haikal?

2. Siapakah nama ustaz yang mengajar Muaz dan Haikal mengaji al-Quran?

3. Siapakah kawan baik Amalina yang suka meminjam buku di perpustakaan?

4. Setelah habis membaca buku ini, apakah nasihat anda kepada Along?

Sertakan nama penuh, alamat, usia, di dalam penyertaan anda. Tarikh tutup kuiz siri pertama Muaz Haikal - 31 Mac 2010. Hantarkan emel jawapan ke emel : jendelaku06@yahoo.com


Selamat mencuba!
Tapi, tapi, tapi ops terlupa pula.... Sebelum itu kenalah dulu menjadi Geng Muaz Haikal. Barulah seronok. Caranya mudah saja, masuk di komen di bawah dan nyatakan:
1) Nama
2) Asal
3) Umur
4) Beli buku ini di mana?
5) Adakah adik-adik suka membaca buku ini? KOmen sikit.

Itu saja, mudahkan! Anda sudah menjadi Geng MuazHaikal!