Thursday, August 20, 2009

Salam Ramadan


Ya, kita semua sedang berada di blog rasmi pembaca Siri Muaz & Haikal.

Assalamualaikum.


Apa khabar semua? Selamat menyambut ramadan yang mulia. Jangan lupa solat terawih ya, kerana, ibadat terawih ini hanya datang sekali dalam setahun. Pahalanya juga besar.

Pembaca semua, blog ini merupakan dedikasi khas untuk pembaca dan peminat Muaz & Haikal. Mari kita berkumpul bersama-sama dan membincang dan berbicara tentang Muaz, Haikal, Amalina, Along, Cikgu Ismailzen dan lain-lain lagi.

Sudah mendapatkan siri pertama - ALONG HILANG? Sudah habis membacanya? Apa pendapat anda? Tidak sangkakan itu penyebabnya Along tiba-tiba hilang. Siapa watak yang anda minati? Muaz? Atau Haikal? Suka tak pada Cikgu Ismailzen yang baik hati?

Untuk makluman, tidak lama lagi akan muncul siri keduanya pula. Nanti, Kak Kusyi beritahulah tarikhnya.

Oh, ya. Jangan lupa turut serta dalam pertandingan kuiz di bawah. Hadiah menarik seperti baju T Muazhaikal dan buku nota kecil lagi comel menanti.


1. Apakah siri tv kegemaran Haikal?

2. Siapakah nama ustaz yang mengajar Muaz dan Haikal mengaji al-Quran?

3. Siapakah kawan baik Amalina yang suka meminjam buku di perpustakaan?

4. Setelah habis membaca buku ini, apakah nasihat anda kepada Along?

Sertakan nama penuh, alamat, usia, di dalam penyertaan anda. Tarikh tutup kuiz siri pertama Muaz Haikal - 31 Mac 2010. Hantarkan emel jawapan ke emel : jendelaku06@yahoo.com


Selamat mencuba!
Tapi, tapi, tapi ops terlupa pula.... Sebelum itu kenalah dulu menjadi Geng Muaz Haikal. Barulah seronok. Caranya mudah saja, masuk di komen di bawah dan nyatakan:
1) Nama
2) Asal
3) Umur
4) Beli buku ini di mana?
5) Adakah adik-adik suka membaca buku ini? KOmen sikit.

Itu saja, mudahkan! Anda sudah menjadi Geng MuazHaikal!