Thursday, August 20, 2009

Salam Ramadan


Ya, kita semua sedang berada di blog rasmi pembaca Siri Muaz & Haikal.

Assalamualaikum.


Apa khabar semua? Selamat menyambut ramadan yang mulia. Jangan lupa solat terawih ya, kerana, ibadat terawih ini hanya datang sekali dalam setahun. Pahalanya juga besar.

Pembaca semua, blog ini merupakan dedikasi khas untuk pembaca dan peminat Muaz & Haikal. Mari kita berkumpul bersama-sama dan membincang dan berbicara tentang Muaz, Haikal, Amalina, Along, Cikgu Ismailzen dan lain-lain lagi.

Sudah mendapatkan siri pertama - ALONG HILANG? Sudah habis membacanya? Apa pendapat anda? Tidak sangkakan itu penyebabnya Along tiba-tiba hilang. Siapa watak yang anda minati? Muaz? Atau Haikal? Suka tak pada Cikgu Ismailzen yang baik hati?

Untuk makluman, tidak lama lagi akan muncul siri keduanya pula. Nanti, Kak Kusyi beritahulah tarikhnya.

Oh, ya. Jangan lupa turut serta dalam pertandingan kuiz di bawah. Hadiah menarik seperti baju T Muazhaikal dan buku nota kecil lagi comel menanti.


1. Apakah siri tv kegemaran Haikal?

2. Siapakah nama ustaz yang mengajar Muaz dan Haikal mengaji al-Quran?

3. Siapakah kawan baik Amalina yang suka meminjam buku di perpustakaan?

4. Setelah habis membaca buku ini, apakah nasihat anda kepada Along?

Sertakan nama penuh, alamat, usia, di dalam penyertaan anda. Tarikh tutup kuiz siri pertama Muaz Haikal - 31 Mac 2010. Hantarkan emel jawapan ke emel : jendelaku06@yahoo.com


Selamat mencuba!
Tapi, tapi, tapi ops terlupa pula.... Sebelum itu kenalah dulu menjadi Geng Muaz Haikal. Barulah seronok. Caranya mudah saja, masuk di komen di bawah dan nyatakan:
1) Nama
2) Asal
3) Umur
4) Beli buku ini di mana?
5) Adakah adik-adik suka membaca buku ini? KOmen sikit.

Itu saja, mudahkan! Anda sudah menjadi Geng MuazHaikal!

30 comments:

  1. Nama saya JOHAN ARIFF, saya baru beli buku ALONG HILANG semalam. KUSYI HIRDAN memang pandai menulis buku, walaupun saya hanya baca sampai 104 tetapi ada beberapa huruf yang dieja salah. Oleh itu, saya berpesan supaya KUSYI HIRDAN membetulkan huruf-huruf yang salah.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Johan, terima kasih kerana membaca siri pertama MUAZ HAIKAL. Kak Kusyi harap Johan akan membaca siri seterusnya nanti.

    Terima kasih juga atas komen dan keprihatinan adik. Insya-Allah akan diperbaiki.

    Selamat berpuasa.

    Kusyi Hirdan
    www.jendelaku.com

    ReplyDelete
  4. Nama saya Wan Muhammad Farhan.Saya berasal dari Terengganu.Umur saya 11 tahun.Saya beli buku buku Along Hilang di Badan Cemerlang di Plaza Angsana,Johor Bahru.Ceritanya memang best!!!.Saya harap kak kusyi dapat tulis cerita siri muaz dan haikal yang ke2.

    ReplyDelete
  5. nama saya siti haziqah.saya berasal dari Selayang.umur saya 10 tahun.saya beli buku Along Hilang di perpustakaan negara.ceritanya sangat seronok!!!!tapi saya harap Kak Kusyi dapat melukis sedikit gambar untuk saya faham dengan lebih lanjut.saya juga harap Kak Kusyi boleh cerita siri muaz & haikal dengan YANG KE2 secepat yang boleh.

    ReplyDelete
  6. Farhan, Siti Haziqah, terima kasih.

    Insya-Allah, siri kedua akan keluar sebelum berakhir tahun 2009. Doakan ya!

    Selamat berbuka.

    ReplyDelete
  7. 1) Nama : Ahmad ibrahim
    2) Asal : Johor
    3) Umur : 13 Tahun
    4) Beli buku ini di POPULAR

    ReplyDelete
  8. Nama saya Siti Nurhidayah Fahor.Asal Kuala Lumpur.Umur 10 tahun.Saya beli buku ni di kedai buku POPULAR,Wangsa Walk Mall.Buku ni memang terama-amat best gila..Ianya juga mengandungi nilai murni.Tak sabar nak tunggu keluaran buku muaz & haikal siri kedua...

    ReplyDelete
  9. Ahmad dan Siti Nurhidayah. Terima kasih atas sokongan adik-adik berdua. Jangan lupa dapatkan buku-buku Kak Kusyi yang lain seperti Misi Suhana, Marung & 9 Perhentian, Umairah dan Kuda Putih, semuanya best-best.

    Kak Kusyi Hirdan

    ReplyDelete
  10. Nama saya Wan Nur Afiqah.Saya berasal dari Terengganu.Umur saya 11 tahun.Saya beli buku ini di Popular.Buku along hilang nie memang best.Tak sabar nak tunggu keluaran yang akan datang......

    ReplyDelete
  11. Nama Saya Batrisya Yazmin.Saya Berasal dari Selangor.Umur Saya 10 tahun.saya membeli buku ini di Popular.Buku niememang best untuk dibaca.Saya harap siri muaz&haikal yang kedua akan keluar dengan secepat mungkin.

    ReplyDelete
  12. NAMA SAYA MOHD NORSYAHIZI HAIKAL BIN MANSOR...SAYA BERASAL DR JOHOR BAHRU,JOHOR....UMUR SAYA 12 TAHUN DAN SAYA MEMBELI BUKU NIE D HARRIS,JUSCO....

    SAYA MEMBELI BUKU NI BRTAJUK KAPTEN BARU....SAYA MULA TRPIKAT KERNA SAYA MINAT BERMAIN BOLA...SAYA SUKA DENGAN WATAK MUAZ,HAIKAL N ALONG....SAYA JUGA SUKA DENGAN GELAGAT AMALINA N GENG....SAYA HRP KAK KUSYI DPT MNULIS CERITA NGAN LBIH BEST N LBIH MNTOP LG!!!! TIME KASIH SBB MMBUT CRITE INI KPD SMUA RKYT MALYSIA..

    ReplyDelete
  13. Nama saya Jordan Low.
    Saya berasal dari Selangor.Umur saya 11 tahun.Saya membeli buku-buku Kak Kusyi di MPH.
    Saya telah membeli buku 'ALONG HILANG'dan
    'KAPTEN BARU'.Kedua-dua buku ini memang best sekali.Adakah siri ketiga buku sudah keluar?

    ReplyDelete
  14. Hai hai....

    Wan Nur Afiqah, Batrisya Yazmin,

    Terima kasih dan salam perkenalan dari Kak Kusyi. Adik berdua apa khabar?

    MOHD NORSYAHIZI HAIKAL, Jordan Low,

    Adik berdua terus baca siri kedua ya. Harap baca juga siri pertamanya, Along Hilang.

    Siri ini akan disambung seterusnya dan nantikan ia bersama-sama, ya.

    Sekiranya adik2 sudi, ambil gambar bersama buku dan emelkan kepada Kak Kusyi, boleh kita kongsi di blog ini :)
    kusyihirdan@gmail.com

    ReplyDelete
  15. Bolehkah Kak tolong mendaftarkan saya menjadi Geng Muaz dan Haikal ini.Terima Kasih banyak-banyak Kak.Saya harap kak tidak marah kerana saya telah menggunakan nama palsu dalam blog Kak.Saya harap kak dapat memaafkan saya.

    Jordan Low
    (Amanda Tan)

    ReplyDelete
  16. Nama : Idris

    Asal : KL

    Umur : 9 tahun

    Beli buku ni di MPH Jusco Wangsa Maju...

    Memang buku ini bestlah....

    Saya suka dengan watak Muaz, Haikal, Along dan Muallim...

    ReplyDelete
  17. Nama:izzat rieza

    Asal:Kuala Lumpur

    Umur:12 tahun

    saya beli buku ni di bangsar village ......
    buku memang best saya dah beli dua siri satu ALONG HILANG satu lagi KAPTEN BARU.....saya sedang menunggu siri ketiga harap buku itu cepat keluar di pasaran........

    ReplyDelete
  18. saya Ahmad Auzaei.saya berumur 10 tahun. saya membeli buku ini di Popular Alor Setar,Kedah.saya harap saya memenangi kuiz ini,saya suka buka ini dan saya membaca buku ini berulang kali

    ReplyDelete
  19. Nama saya Ahmad Nabil.Umur saya 9 tahun.Saya dari Melaka.Saya beli buku 'ALONG HILANG' dengan ibu saya di POPULAR.Buku ini ada banyak nasihat.Tapi kak,kalau saya guna emel kakak saya tak apa kan??

    ReplyDelete
  20. Terima kasih adik-adik! Harapnya adik semua sudah membaca dua-dua siri Muaz Haikal iaitu Along Hilang dan Kapten Baru.

    ReplyDelete
  21. assalamualaikum...nama saya Nurul Husna.saya tinggal di seri manjung,perak.umur saya 12 tahun.saya beli novel kapten baru di sebuah kedai yang berada di dalam pasaraya besar GIANT manakala novel along hilang pula di kedai buku di Sabak Bernam,Selangor.walaupun saya membeli buku yang kedua dahulu baru buku pertama tetapi jalan ceritanya memang menarik.boleh akak beritahu saya novel-novel yang sudah akak pasarkan....

    ReplyDelete
  22. Salam Nurul Husna,

    Seronoknya Kak Kusyi dengar yang adik dah join kawan-kawan yang lain membaca kedua-dua siri Muaz Haikal. Insya-Allah, siri ke 3 akan menyusul nanti.

    Antara buku-buku lain Kak Kusyi ialah siri Misi Suhana, Siri Kembara Hafiz, Umairah dan Kuda Putih serta Marung dan 9 Perhentian. Ada juga buku-buku untuk dewasa yang adik boleh lihat senarainya di sini www.jendelaku.com

    Jumpa lagi ya!

    ReplyDelete
  23. jafri hasyim,perak,9,bookstore pasir gudang,suka sangat-sangat kerana dia ada banyak pengajaran

    ReplyDelete
  24. Hai Jafri, Kak Kusyi harap Jafri sudah baca ketiga-tiga siri buku ini:

    1. Along Hilang
    2. Kapten Baru
    3. Gerak Kilat

    Jangan lupa, ya!

    ReplyDelete
  25. assalamualaikum....
    akak...tajuk utk siri yg ketiga buku muaz&haikal apa....buku yg ketiga dah keluar ke???

    ReplyDelete
  26. Waalaikumsalam Husna,

    Tajuknya Muaz Haikal - Gerak Kilat. Sudah ada di pasaran.

    26hb ini Kak Kusyi ada di PTS jam 12 tengahari, boleh datang ke sana.


    Tarikh: 26 Jun 2009 (Sabtu)
    Masa: 12.00 tengah hari
    Tempat: Bookcafe, PTS Publications

    Aktiviti bersama penulis:

    1. Sesi bertemu peminat & tandatangan autograf

    ReplyDelete
  27. hai ... sy izyan .,., age sy 11 thn .. ay b'asal dr SElangOR ... sy beli buku ni kat MPH ALAMANDA PUTRAJAYA . ay baru fes time beli buku siri muaz haikal ni ... sy beli tajok KAPTEN BARU .,.,.

    komen sy is :-

    1)sngt menarik perhatian kebanyakkan lelaki
    2)tajoknye kurang sesuai
    3)ade ayat yg susah difahami

    maafkan sy sbb beri komen yg menyakitkan hati KUSYI HIRDAN .,.,.

    ReplyDelete
  28. Salam adik Izyan. Apa khabar? Salam perkenalan Kak Kusyi ucapkan. Nampaknya adik telah membaca siri keduanya terus. Siri pertama bertajuk ALong Hilang, diikuti Kapten Baru dan yang ketiga Gerak Kilat.
    Terima kasih atas komen yang di beri, ya. Jumpa lagi :)

    ReplyDelete
  29. HAI,NAMA SAYA HAKIMI.SAYA PEMINAT SETIA KUSYI.SYA SUDAH BELI SIRI GERAK KILAT.

    ReplyDelete
  30. Hai,nama saya haekal.Saya sudah habis baca buku kapten baru.bes

    ReplyDelete